Monday, April 4, 2011

Rumah Lebih Bersih dan Selesa

OK disini saya mahu share beberapa tips yang saya baru baca daripada Majalah AnjugSeri BIL211 (April 2011) berkenaan dengan Permbersihan dalaman dengan bahan pencuci buatan sendiri dan tidak melibatkan kos yang tinggi. 

1. MENGHASILKAN BAHAN PENCUCI
Caranya ialah campurkan 1Cawan minyak lemon dengan 2 cawan air panas. Kemudian celupkan lain lin atau kain tiras (kain yg digunakan utk membalut luka) ke dalam cecair berkenaan dan keringkan. Simpan di dalam bekas logam tertutup sehingga ia diperlukan utk diguna. Kesan minyak pada kain berkenaan berupaya membersih habuk dan lemon menghasilkan aroma segar.

2. MENGILATKAN KASUT
Cara cepat utk menghasilkan kilauan pada kasut hitam adalah dgn menggosokkannya menggunakan kulit pisang dan menggunakan bahagian lembut kulit lemon pada kasut coklat.

3. MEMBERSIH CERMIN
Celupkan kain lembut di dalam campuran air dan cuka serta sapu pada permukaan cermin. Better than menggunakan pencuci semburan yg boleh meninggalkan kesan sampingan.

4. MEMBERSIH PETI SEJUK
Habuk di celah getah pelapik pada sekeliling pintu 'icebox' boleh dibersihkan dengan berus gigi dan ubat gigi. Berus sehingga kotoran hilang kemudian bilas dengan kain lembab dan keringkan. Pastikan dilap sehingga betul2 kering utk elak kulat tumbuh. Kandungan natrium bikarbonat dalam kebanyakan jenama ubat gigi bertindak sebagai agen pembersih yang meneutralkan asid. Sifat kesat bahan itu boleh menghilangkan kotoran.

5. MENCUCI PINGGAN
Merendam pinggan sebelum kesan makanan kering membuatkan kerja membersih lebih mudah dan ini mengurangkan bahan pencuci. sebaiknya cuci pinggan sebaik sahaja digunakan.

6. MEMBERSIH JUBIN
Kebanyakan bahan pencuci komersil jubin lebih memberikan kesan buruk daripada baik kerana ia mengandungi klorida yg boleh menyakitkan mata, hidung dan kulit. Gantikan dengan menyembur cuka kepada kesan kotoran atau lumut dan biarkan semalaman sebelum digosok keesokan hari. Guna berus yg kukuh dan kejur untuk memberi hasil yang memuaskan.

 hmmm saya rasa lepas ni saya akan praktikkan tips ini dirumah sebab ia bukan saja berkesan malah kos yang kita perlukan lebih murah berbanding dengan membeli bahan pencuci atau pembersih yang berlambak di kedai runcit hehe..ok tu ok juga cuma mahal sikit la kan hehe...lagipun kalau pakai cuka/ lemon/ ubat gigi...kurang sikit bahan kimia berbanding dgn bahan pencuci yang ada dijual di hypermarket / kedai runcit....apapaun Selamat Mencuba kepada yang berminat mahu mencuba hehe...!! adios amigos.

Wednesday, March 30, 2011

Simple is Beautiful

Dekorasi sangat simple tapi bergaya. Moden digabungkan dengan penggayaan yang klasik menjadikan ruang tamu nampak tenang. Sesuai untuk orang yang suka banyak privacy.

Tuesday, March 22, 2011

Dapur Pilihan

Gambar-gambar ini membuahkan inspirasi kepada saya untuk dapur saya pada masa akan datang ^_^. 
Saya cuba untuk mengaplikasikannya di rumah parents dulu. Sayap ercaya kaum hawa di luar sana ramai yg mengimpikan dapur seperti ini..saya akan sentiasa mengkongsikan dekorasi dalam blog ini.

 Dapur serba putih melambangkan kesucian hati c pemunya dapur ini dan sangat mementingkan kebersihan dan juga ketenangan semasa berada dalam dapur.

 Susun aturnya yang simple menampakkan dapur ini sentiasa dalam keadaan yang tersusun rapi.

 Tampil dengan style moden.Bunga memainkan peranan ptg dalam menimbulkan suasana ceria dalam dapur. saya suka bunga! ^_^


Dapurnya yang luas. Sesuai untuk keluarga yang besar. Pilihannya yang bijak dimana boleh bersantai sekali di dapur. Tertarik dengan kerusi panjang di tepi sesuai dengan suasana santai.


 Banyak lagi yang akan dikongsikan bersama. Dont stop viewing me here ok ^_^...Love that u are here...Thanks for stopping by!